Unjur Kalam Malayalam
Kalam Kasturi Mutiaram
Erti Melayu Salokam
MANUTARAM
LOKATARAM
YUGATARAM
Tempat bersatu manusia sealam
Itulah tafsir manusham
Paduka empunya bija mantram
Jadi kosa Sandri diandam
Jadi mahligai hati swargam
Nyata Paduka pujinya salam
Agar Melayu tiada padam
Selagi dunia belum khatam
MELAYU ITU ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH
Ini pusaka warisan agama
Waris wira warga yang kasa
Asal dewa kahyangan kelima
Jadi Melayu turun ke dunia
Menjadi benih manusia yang ada
Bukan baka yang telah derhaka
Disumpah atas keji dirinya
Kerana akur iblis yang ada
Konon boleh mengingkari Raja
Ingin kuasa serupa dia
Akhirnya merana dan menjadi hina
Inilah asal mula yang jahat jua
Baka syaitan iblis datuknya
Bukan Melayu yang jati dirinya
Taat setia hanya pada Rajanya
Berjasa itulah hendaknya jua
Memohon restu hidup di dunia
Memohon rahmat tunjuk ajarnya
Agar tiada sesat di dunia
Agar pulih sediakala
Kelak pulang kepangkuan Ayahanda Bonda
MELAYU ITU
Tiada boleh derhaka atas tiga perkara
TIADA BERDOLAK DALIH
TIADA MUNGKIR JANJI
TIADA HASAD DENGKI
Inilah panji Dharma Suchi
Agama Melayu agama tertinggi
Titah Paduka Raja Bistari
Untuk Melayu yang mulia diri
Mengabdikan diri mendapat puji
Agar bahagia dikemudian hari
Pulang Melayu menjadi suchi
Atas diri atas segala bakti
Paduka jualah tempat kembali
PANCASILA MELAYU
KENAL DAN CHINTA TUHAN
TAAT SETIA KEPADA RAJA
BERKORBAN DEMI BANGSA
BERBAKTI KEPADA PERTHIVI
BERGUNA KEPADA NEGARA
Maka ini susila kita, semua Melayu diatas dunia,
walau dimana jua berada, tetap tiada boleh derhaka,
Atas janji sebagai manusia, akur sekelian jiwa dan raga,
pada susila perlembagaan kita
FITRAH MELAYU
FITRAH MELAYU FITRAH BERAJA
ADAT MELAYU
ADAT BERAJA
TUGAS MELAYU
PENEGAK KEBENARAN (DHARMA SUCI KEBENARAN SEJATI)
TERAS MELAYU
ORANG MELAYU BANGSA YANG TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
TETAPI MENILIK JAUH AKAN NASIB KETURUNANNYA.
MELAYU BERHARTA UNTUK ANAK CUCUNYA, MENCARI REZEKI UNTUK ANAK CUCUNYA,
BERJUANG DEMI ANAK CUCUNYA, BUKAN UNTUK DIRINYA SENDIRI
MULA CIPTA RUPA NYATA
Ayat disusun menjadi kata
Jantung bergetar mencipta benta
Turun dan naik sekata nyawa
Dari wujud menjadi nyata
Inilah isyarat pembuka cerita
Hikayat gurindam penuh seloka
Menjadi warta sekelian warga
Menjadi marga sekelian manusia
Ini serat cipta yang kasa
Olahkan ia menjadi kersa
Agar sifat arya mulia
Melimpah sekelian anggota kita
Barulah gerak kita bermakna
Selagi Melayu namanya kita
BIAR HIDUP ADA BERGUNA,
BARU MATI PENUH BERJASA.
Ini pusaka warisan bangsa, Pusaka Melayu Gedung Paduka,
Untuk Sandri yang mengenal dirinya, sebagai Melayu adat hidupnya,
Inilah Agama Melayu adanya, Pusaka Paduka dikala mula,
Menjadi benih sekelian kitabnya,
Bukan baru ada di dunia, sudah ujud sebelum alam ini ada,
Menjadi suluhan hidup manusia, menjadi ikutan umat manusia,
Jangan lupa setiap masa, rakyat Melayu umat Paduka,
Dialah Raja tiada taranya, Pusaka miliknya bukan rakyatnya,
Sekelian makhluk dialam maya, tunduk akur akan titahnya,
Inilah sumpah dialam tajjalinya, jika hendak sentosa bahagia,
selagi diri Melayu darahnya, tiada mahu hanya berjasa,
Oleh itu sekelian yang ada, Pusaka Melayu Pusaka Paduka,
Jangan disurih ikut nafsunya, kelak celaka hidup yang ada,
Selagi taat akan Paduka, Selagi setia titahnya Raja,
Nescaya munafaat akan dirinya,
Atas pusaka darah Melayunya, Sembilan sakti cantuman rahsianya,
Inilah pusaka saktinya jua, akan Paduka Rajanya kita
Ini nukilan Loh Paduka,
Mengenal Melayu dialam surinya,
Catur aria warana isinya,
Atas jalan mula agama,
Hendaklah Melayu tahu akannya,
Sebagai cara dhiksa Paduka,
Agar dapat rahmat darinya,
Kembali pulih sediakala
TAHU SELOKA PERINGKAT PERTAMA
KENAL PUSAKA PERINGKAT KEDUA
AKAN SAKTI TAHAP KETIGA
BARU ADI AKHIR JALANNYA
Siapa tahu empat yang ada
Baru lima datang menjelma
Atas manunggal yang Esa itu jua
Sempurna Melayu sudah dirinya
Dicatat dan disusun semula mengikut penulisan
PADUKA BATHARA GURU
RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIDJOYO MAHASIDDHA
No comments:
Post a Comment