MULA CIPTA RUPA NYATA

Siapa yang menulis tiada tangannya,
Siapa yang mendengar tiada telingannya,
Siapa yang melihat bukan dengan hatinya,

Maka tiadalah yang menulis,
Maka tiadalah yang mendengar,
Maka tiadalah yang melihat,

Melainkan yang menulis,
yang mendengar, melihat,
itulah Nyawa.

Friday, 17 February 2012

SURIH MELAYU/ Surih 40


Mana sakti pada sulbimu
Mana sari pada manimu
Mana hati dalam nyawamu
Mana nafas dalam jantungmu
Mana getar pada gerakmu
...
Mana rupa itu bentukmu
Mana rahsia dalam AKUmu
Mana racun dalam nafsumu
Mana Melayu jati dirimu
Mana adat pada Rajamu

Selagi belum paham kataku
Jangan mengaku engkau sandriku

BATHARA GURU - SURIH 40

PRINSIPIA GNOSTIKA


Asal mula tiada cerna
Hanya jahil gelap gelita
Rasa ada berguna
Kerana diri terasa manusia

Bila belajar pandai katanya
Boleh tunjuk mana silapnya
Konon berguna dengan bangsanya
Atas faham ilmu di dunia

Bukan pandai atas bacanya
Bukan kaji ke akar umbinya
Hanya sedar asal dirinya
Tahu ilmu tak menjana apa

Itulah kita jangan cepatnya
Terasa ilmu dah penuh di dada
Ilmu apa yang tuan kata
Diri masih berok dan kera

Friday, 10 February 2012

WATIKAH/ PUJI NAGARA PUJI MELAYU


PUJI NAGARA PUJI MELAYU
                        
Mula cipta rupa nyata  ciri dibaca  membuka cerita,hikayat nagara pembuka kata, sabda paduka mengelilingi kota, sastra nagara di bicara pendita, warkah paduka di umum bendahara, awal bismillah mulanya kata, hai sekelian rakyat jelata, dengarlah titah paduka radja, memuliakan melayu seluruh dunia, bentara kiri bentara kanan berkolek-kolek seluruh isthana, anak danhyang moleklah molek, sepakat menteri membaca mentera, dihulu kota lakshmana berdiri, asyik pada kerajaan negri, senopati senopati melangkah diri, memasung kukuh sekelian negri, temenggung duduk penuh berahi, aksa diri di puncak mawangi, intan permata intan baiduri, danhyang puteri melunsur rapi, berbalo balo berbala bala, tenunan paduka senjata negri, memenuhi dewan sukhma sejati, sebagai tanda kebesaran diri, menjadi payung rakyat sendari, jangan disangkal wahidah ini, harum kasturi tidak terperi, ibarat wali menaung negri, atas kuasa tuhan ilahi.

Mula adanya hitam kecubung, cerah sinaran cahya indri, selubung rakyat dimalam hari, sentosa pagi cemerlang diri, nyata adanya paduka sandri, dari kahyangan memerintah negri. Barang yang tiada jangan dipinta, barang yang ada dilupa  jangan, inilah kata sang adi manaka, sumpah melayu dialam maya, selagi hayat dikandung bunia takkan melayu hilang didunia.

Mulaku mulia asal tatkala, menjadi induk bonda kandung, mentera di baca menyepuh negara, agar rakyat selamanya sentosa, bergelora jiwa pada paduka, berahi paduka kepada sandri, rakyat jelata menyusun jari, paduka raja menghambar diri, berdoalah kita kepada ilahi, pancaran kita delima sakti, puncak kiambang menghiasi negri, puncak mahameru kejayaan diri, terbanglah helang sianak garuda, membelah awan hebat terperi, anak melayu pantang dicabar musuh didepan binasa sendiri, tiada senjata hanyalah diri, melayu sejati melayu sakti.

Kemana arah mega bertandang, dari timur bertiup kebarat, dimana tumpah kuahnya sayang, pada benih melayu terbilang, asal kita darilah raja, aduhai paduka yang bijaksana, bersulam kata sepohku intan, mala yarwa kasturi mulia, jangan dihina keturunan kita, wasasa diri sasanya jiwa, malang menanti musuhnya kita, barulah tahu asal manusia, seperti kata ibarat pendita, terbilangnya melayu sohor didunia.

Gagah panglima segaknya wira, pending nagara cahaya geliga, pecahnya janji membela bangsa, pecahnya melayu binasalah dunia, ingatlah wahai tuan dan puan, harta dunia tidak kemana, hilangnya harta membawa mulia, hilangnya melayu kiamat dunia, dimana jua dialam maya keturunan kita keturunan dewa belalah negara cinta paduka semoga bahagia sesama kita, jongkong emas jengkala kemas anak pinak berdendang sayang hidup sepakat seia sekata membawa berkat kasih dan sayang,

Ingatlah pesan anak sembilang lubuk jualah tempat tersayang janganlah melayu ditiup hilang tanah pertiwi sentiasalah di kenang, asal makrifat dialam julam asal hakikat menyinar alam melayu itu adalah alam, zat khalifatullah alaikum salam.

Sang senohong adipati pasu, pasupita puspita aksu, daengku mala pencipta alam melayu jualah careknya kalam. Soesuhunan si mayang galai ruwati adi lemah gemalai, ilmu paduka cermat dan keramat  karya kahyangan seri mahligai, terbentang serat watikah diri empunya diri saksi sendiri selangkah tidak berundur lagi melayu tetap gagah berani, menentang musuh tidak terperi bagaikan gajah memacu diri melanggar setiap musuh negri tanda bakti afdalnya wahi seperti sabda paduka baginda melayu jualah panglima dunia.

Alang alang bermain api api dari tujuh kuali membakar hati setiap sanubari demi paduka cintaku ini tiada kami berbelah bagi ibarat semut tersusun rapi siap sedia menyerah diri demi paduka kami berbakti.

Tuesday, 7 February 2012

KEPUSTAKAAN MELAYU/ SURIH MELAYU

Ini surih Melayu kita, surih ilmu pelengkap dalilnya, serba rengkas dalam tatanya, namun padat akan isinya, sebagai acara mengenal Dia, sebagai tunjuk akan ajaranNya, kepada Melayu jadi bicara, membawa hikmah kedalam dunia, agar anak cucu yang ada, tetap peka tiada lupa, asalnya kita turun kedunia, atas tugas pembela dharma, inilah surih ayat yang nyata, agar dibaca dimana jua, sematkan ia didalam raga, agar Melayu tiada binasa.
Ini surih lakaran Paduka, jadi pedoman sandri yang ada, jua sekelian keturunan yang ada, seluruh benih Paduka Raja, kepada anak cucu yang mulia, jangan derhaka kepada Paduka, hanya Dia rujuknya kita, hanya Dia tujunya kita, itulah Paduka Raja kita, asal kita galur kuasanya, menjadikan kita umat pertama, diatas dunia ganti Dirinya.

Jangan surih dibaca sahaja, amatilah akan setiap kata, barang disurih azimat perkasa, bukan hanya melambai rasa, bukan mata melihat akannya, tapi hati tajam pilihnya, menilik surih bagai permata, melihat akan hikmah Paduka, menyelam erti bukan hurufnya, tulisan hanya penyampai sahaja, mengenal kaji bukan mengajinya, mengenal sedar bukan pahamya, mengenal isi bukan kulitnya, hanya yang tahu dapat kebenarannya.
Surih hanya syariat belajarnya, hakikat itulah tempat ketemunya, jika mengerti susun belajarnya, baru tahu isi kandungannya, jangan cepat kata salahnya, jangan mudah kata syiriknya, kata manusia tiada asanya, kerana lidah nafsu tulangnya, jika sungguh mengenal dirinya, jumpalah ia akan jalannya, jalan mengenal surih tertera, bukan ayat bermain dimata, hikmahnya jua yang sentiasa nyata.
                                                      
Kepada Melayu yang masih ada, hargailah ini surih Paduka, jangan hanya merawan rasa, jangan hanya merawang angannya, jangan duduk diam sahaja, masa didunia sekejap jua, kita pasti meninggalkannya, hayatilah surih yang ada, agar munafaat kepada semua, agar hidup tak sia-sia, agar kita pulang semua, kembali penuh rahmat dan sentosa, kembali ke asal kahyangannya kita, itulah harapan Paduka Raja, agar semua Melayu kembali seluruhnya.




Ku renung alam ku tenung aham, ku lihat cahaya luar dan dalam, ku rasa gerak dia didalam, ku lihat rupa sekelian alam, bukan kata lidah berkodam, api kalam baitul mahram, ujudnya dia diri terpendam, bukan aku yang sudah beralam, aku hanya bayangan khadam, ini lah aku menatap karam, sehingga bintang menjadi kelam, atas fana ilmu yang khatam.
Surih 1
                                                     
Hati al-kaf sirnya aku, cerna sinar anbiya akbaru, bertikwirama nadanya bindu, akan kalam seri Melayu, disini gerak menjadi tamu, atas hadir Paduka Tuanku, amatilah wahai anak cucuku, dihati itulah tempat bersatu, dalam hidup jika tak tahu, akan asal puncanya aku, sir kita dua dalam satu, sir aku tiadanya kamu.
Surih 2

Ini asal ajaran Melayu, mula ajaran surayana manu, mengenal akan diri yang satu, sudah berbentuk bernama aku, cari makna pada dirimu, bagai mentari menyinar kaku, didalam kamu rahsianya aku, jangan ketawa akan ayatku, ada hikmah jika kau tahu, jadi bukti akan-nya aku, pada rasa bukannya tahu, kalau hendak kembali-nya aku
Surih 3

KEPUSTAKAAN MELAYU/ LAKAR MELAYU

Kekal abadi isinya hayat,
Padamu tanda penuh rahmat,
Kajilah ajaran didalam serat,
Bukan tataran bumi bermayat,
Jika temu seribu hikmat,
Temukan juga makna tersirat,
Bukan mulut ucapan ayat,
Tapi rasa meresap hebat,
Pada diri sudah tersurat,
Akan sakti satu urat,
Barulah tahu, Barulah ingat,
Melayu benih segala tajjilat
                       
Jika mengaji tahukan umat,
Bukan bahasa menjadi punat,
Hadapkan muka hadapkan hasrat,
Agar akal dapat munajat,
Dalam dunia tiada kau sesat,
Pada-Nya itulah kiblat,
Mengerti sekelian berhakikat,
Bukan alam sinar melarat,
Begitu caranya mengambil berat,
Penuh dengan adat istiadat,
Baru dapat akannya afilat,
Baru dapat jalan akhirat,

Lakar untuk yang mendapat,
Menjadi tanda sekelian alamat,
Buka dadat terima alamat,
Bukan tohmah tapi ibadat,
Bagi yang ingin tahu hakikat,
Segera akan fana shariat,
Hati jadi cermin berkilat,
Baru dapat akan makrifat,
Bila ilmu jadinya berkat,
Baru dapat akannya bakat,
Bertemu kelak erti kiamat,
Itulah TAMAT.

Monday, 6 February 2012

TATACHARA/ PUSAKA MELAYU

Unjur Kalam Malayalam
Kalam Kasturi Mutiaram
Erti Melayu Salokam

MANUTARAM

LOKATARAM

YUGATARAM

Tempat bersatu manusia sealam
Itulah tafsir manusham
Paduka empunya bija mantram
Jadi kosa Sandri diandam
Jadi mahligai hati swargam
Nyata Paduka pujinya salam
Agar Melayu tiada padam
Selagi dunia belum khatam
                      
MELAYU ITU ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH

Ini pusaka warisan agama
Waris wira warga yang kasa
Asal dewa kahyangan kelima
Jadi Melayu turun ke dunia
Menjadi benih manusia yang ada
Bukan baka yang telah derhaka
Disumpah atas keji dirinya
Kerana akur iblis yang ada
Konon boleh mengingkari Raja
Ingin kuasa serupa dia
Akhirnya merana dan menjadi hina
Inilah asal mula yang jahat jua
Baka syaitan iblis datuknya
Bukan Melayu yang jati dirinya
Taat setia hanya pada Rajanya
Berjasa itulah hendaknya jua
Memohon restu hidup di dunia
Memohon rahmat tunjuk ajarnya
Agar tiada sesat di dunia                 
Agar pulih sediakala
Kelak pulang kepangkuan Ayahanda Bonda

MELAYU ITU

Tiada boleh derhaka atas tiga perkara

TIADA BERDOLAK DALIH

TIADA MUNGKIR JANJI

TIADA HASAD DENGKI

Inilah panji Dharma Suchi
Agama Melayu agama tertinggi
Titah Paduka Raja Bistari
Untuk Melayu yang mulia diri
Mengabdikan diri mendapat puji
Agar bahagia dikemudian hari
Pulang Melayu menjadi suchi
Atas diri atas segala bakti
Paduka jualah tempat kembali

PANCASILA MELAYU

KENAL DAN CHINTA TUHAN

TAAT SETIA KEPADA RAJA

BERKORBAN DEMI BANGSA

BERBAKTI KEPADA PERTHIVI

BERGUNA KEPADA NEGARA

Maka ini susila kita, semua Melayu diatas dunia,
walau dimana jua berada, tetap tiada boleh derhaka,
Atas janji sebagai manusia, akur sekelian jiwa dan raga,
pada susila perlembagaan kita

FITRAH MELAYU
FITRAH MELAYU FITRAH BERAJA

ADAT MELAYU
ADAT BERAJA

TUGAS MELAYU
PENEGAK KEBENARAN (DHARMA SUCI KEBENARAN SEJATI)

TERAS MELAYU
ORANG MELAYU BANGSA YANG TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
TETAPI MENILIK JAUH AKAN NASIB KETURUNANNYA.
MELAYU BERHARTA UNTUK ANAK CUCUNYA, MENCARI REZEKI UNTUK ANAK CUCUNYA,
BERJUANG DEMI ANAK CUCUNYA, BUKAN UNTUK DIRINYA SENDIRI

MULA CIPTA RUPA NYATA
Ayat disusun menjadi kata
Jantung bergetar mencipta benta
Turun dan naik sekata nyawa
Dari wujud menjadi nyata
Inilah isyarat pembuka cerita
Hikayat gurindam penuh seloka
Menjadi warta sekelian warga
Menjadi marga sekelian manusia
Ini serat cipta yang kasa
Olahkan ia menjadi kersa
Agar sifat arya mulia
Melimpah sekelian anggota kita
Barulah gerak kita bermakna
Selagi Melayu namanya kita
BIAR HIDUP ADA BERGUNA,
BARU MATI PENUH BERJASA.

Ini pusaka warisan bangsa, Pusaka Melayu Gedung Paduka,
Untuk Sandri yang mengenal dirinya, sebagai Melayu adat hidupnya,
Inilah Agama Melayu adanya, Pusaka Paduka dikala mula,
Menjadi benih sekelian kitabnya,
Bukan baru ada di dunia, sudah ujud sebelum alam ini ada,
Menjadi suluhan hidup manusia, menjadi ikutan umat manusia,
Jangan lupa setiap masa, rakyat Melayu umat Paduka,
Dialah Raja tiada taranya, Pusaka miliknya bukan rakyatnya,
Sekelian makhluk dialam maya, tunduk akur akan titahnya,
Inilah sumpah dialam tajjalinya, jika hendak sentosa bahagia,
selagi diri Melayu darahnya, tiada mahu hanya berjasa,
Oleh itu sekelian yang ada, Pusaka Melayu Pusaka Paduka,
Jangan disurih ikut nafsunya, kelak celaka hidup yang ada,
Selagi taat akan Paduka, Selagi setia titahnya Raja,
Nescaya munafaat akan dirinya,
Atas pusaka darah Melayunya, Sembilan sakti cantuman rahsianya,
Inilah pusaka saktinya jua, akan Paduka Rajanya kita

Ini nukilan Loh Paduka,
Mengenal Melayu dialam surinya,
Catur aria warana isinya,
Atas jalan mula agama,
Hendaklah Melayu tahu akannya,
Sebagai cara dhiksa Paduka,
Agar dapat rahmat darinya,
Kembali pulih sediakala

TAHU SELOKA PERINGKAT PERTAMA

KENAL PUSAKA PERINGKAT KEDUA

AKAN SAKTI TAHAP KETIGA

BARU ADI AKHIR JALANNYA

Siapa tahu empat yang ada
Baru lima datang menjelma
Atas manunggal yang Esa itu jua
Sempurna Melayu sudah dirinya


Dicatat dan disusun semula mengikut penulisan

PADUKA BATHARA GURU
RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIDJOYO MAHASIDDHA

KEPUSTAKAAN MELAYU/SELOKA MELAYU- Seloka Melayu Samudera Sang Sapi/ Petikan;

CETENA KIRANA SASANA PATANA
VAHANA AYANA BONDA MULADHARA
SIPANA SAKTIMA NAGA TRISULA

CETENA ertinya tiada celanya,
KIRANA itu akan sempurnanya,
SASANA jadi tertib jalannya,
PATANA itu pati akan ilmunya,

VAHANA itu kenderaan dirinya,
AYANA itu didalam dunia,
BONDA asuhan sebelum dewasa,
MULADHARA tempat mula terikatnya,

SIPANA itu andik yang mulia,
SAKTIMA itu kuasanya kita,
NAGA itu tujuh kepalanya,
TRISULA terkumpul segala cipta

Seloka Melayu Samudera Sang Sapi
(6:44-46, 7:1-3)